NASIONAL

Tun M: BR1M tetap diteruskan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 MEI: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan tetap diteruskan walaupun tampuk pemerintahan kerajaan sudah berubah, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan, beberapa syarat pemberian BR1M itu perlu dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang betul-betul layak sahaja akan menerima bantuan berkenaan.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini ada yang tidak layak turut menerimanya.

“Kita tidak mahu orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Pakatan Harapan turut mengumumkan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), berkuat kuasa 1 Jun ini.

Hal itu membuktikan kerajaan baru komited menunaikan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari pentadbiran.


Pengarang :