NASIONAL

Tun M mahu jumpa media setiap minggu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 24 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji pihaknya akan mengadakan sidang media bersama wartawan setiap minggu.

Katanya, pihaknya bersedia berkongsi maklumat terbaru selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan bagi membolehkan orang ramai menerima maklumat terbaru dan benar.

“Sekiranya tiada sidang media, saya bimbang pula wartawan akan buat cerita palsu, memandangkan Kerajaan Pakataan Harapan (PAKATAN) mahu membubarkan Akta Anti Berita Tidak Benar, jadi kita tidak boleh tangkap siapa yang buat berita tidak benar.

“Lebih baik kami adakan sidang media bersama wartawan pada setiap minggu,” katanya.

Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir dilihat lebih kerap mengadakan sidang media sekaligus membolehkan orang ramai mengetahui perkembangan mengenai negara melalui portal berita, akhbar dan juga televisyen.

Malah sidang medianya juga seringkali dinantikan memandangkan pelbagai isu terbaru serta hangat dimaklumkan kepada wartawan.


Pengarang :