SSM menerima 4,542 permohonan penamatan perniagaan manakala 82,555 perniagaan baharu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
SELANGOR

Tun M: Tak mahu banyak undang-undang sekat kebebasan berniaga

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak mahu melihat terlalu banyak undang-undang menyekat kebebasan berniaga dan melakukan perusahaan.

Tun Mahathir berkata, beliau mahukan semua pihak boleh menjalankan perniagaan secara bebas dan mudah.

“Kita mengalu-alukan pelaburan langsung asing sama ada dalam atau luar negeri.

“Pelaburan langsung asing terhad membawa modal dan teknologi ke dalam negara kita, mendirikan kilang, keluarkan barangan untuk pasaran tempatan atau eksport,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia cekap dalam pembangunan malah sehingga mampu mendirikan bandar sendiri.

“Kita boleh membangunkan bandar sendiri dan lain-lain keperluan rakyat sekali gus akan menentukan semua ini terbuka kepada syarikat tempatan.

“Sekiranya kita tiada pengalaman dalam infrastruktur projek besar maka baru kita membenarkan penyertaan asing melalui sistem tender terbuka,” katanya.

Tun Mahathir berkata, jika ada tender terbuka, pemilihan dibuat ternampak ganjil, kerajaan akan selidik menerusi penjawat tertentu yang akan diberi tugas menyelidik.


Pengarang :