NASIONAL

#TunM jadi carian tertinggi di twitter

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 10 MEI: #TunM menjadi carian tertinggi di laman twitter dengan mendapat 277,000 tweet sejak malam tadi lagi.

Tinjauan SelangorKini mendapati rakyat Malaysia tidak putus-putus menyampaikan ucapan tahniah kepada Pengerusi PAKATAN itu selepas menang mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Pengguna twitter yang dikenali sebagai ‘Yan’ berkata, dia meminta maaf kerana menyusahkan Tun Mahathir Mohamed pada waktu usianya berusia 93 tahun.

“Pada waktu usia sebegitu, Tun M sepatutnya duduk sahaja di rumah serta berehat dengan keluarga, tetapi Tun M tidak mahu sebegitu. Beliau meletakkan rakyat Malaysia sebagai keutamaannya, kami lebih sayangkan Tun M,” tulisnya.

Sementara itu Aiman dalam twitternya pula meluahkan rasa sedih kerana Tun M terpaksa berkorban pada waktu usianya semata-mata melawan pemimpin bebal.

“Saya berharap supaya Tun dirahmati kehidupannya,” katanya.

=EZY=


Pengarang :