epaselect epa06637253 A Palestinian protester waves Palestine flag during clashes marking Land Day in the West Bank City of Ramallah, 30 March 2018. According to reports, seven Palestinians were killed and more than 500 injured during the clashes along the Gaza border with Israel. Clashes erupted in various locations in the West Bank and alongside the Israeli borders with Gaza as Palestinians hold protests on the occasion of Land Day, the annual day commemorating the events of 30 March 1976 when marches and a general strike was organized in the Arab towns in the occupied lands. The 1976 marches were against the Israeli government announcement to expropriate thousands of acres of land for settlement. It is considered a day for the right of Palestinians to return to their land. EPA-EFE/ALAA BADARNEH
GLOBAL

Turki anjur sidang negara Islam bela nasib Palestin

ISTANBUL 19 MEI: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam buat kali kedua dalam tempoh setengah tahun menganjurkan sidang kemuncak kumpulan pan-Islam utama dunia bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan mengutuk Israel yang menembak mati penunjuk perasaan di Gaza.

Pembunuhan 60 rakyat Palestin oleh tentera Israel di sempadan Gaza menimbulkan tindakan balas dan kemarahan Erdogan yang mendakwa rejim Zionis itu melakukan penghapusan bangsa serta dikendalikan seperti sebuah negara aparteid.

Komen beliau juga telah mencetuskan krisis diplomatik antara Turki dan Israel.

Malah, Erdogan turut menggesa demonstrasi besar-besaran semalam yang dijangka dihadiri ratusan ribu peserta untuk menzahirkan protes terhadap tindakan Israel kepada rakyat Palestin.

Erdogan menganjurkan perjumpaan luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Disember tahun lalu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berikrar bahawa sidang kemuncak itu akan menghantar mesej yang kuat kepada dunia berhubung layanan Israel kepada rakyat Palestin.

Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II mengesahkan akan hadir, manakala Palestin diwa­kili Perdana Menteri, Rami Hamdallah memandangkan Presiden Mahmud Abbas menjalani pembedahan telinga ming­gu ini.

Sementara pemimpin negara teluk pula, Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dijang­ka hadir bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, sekutu rantau utama Turki.

Selain itu, Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dan rakan sejawat dari Arab Saudi, Adel al-Jubeir turut memberi jaminan akan hadir pada sidang kemuncak di Istanbul.

“Jika kita terus berdiam diri terhadap kekejaman Israel, dunia akan segera diseret ke dalam kancah kekacauan dengan membiarkan perompak berleluasa,” kata Erdogan kelmarin.

SUMBER: AFP


Pengarang :