SELANGOR

Undi kami bukan rahsia, kata kumpulan anak muda kepada Khairuddin

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 MEI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman terkejut apabila sekumpulan anak muda bersorak beramai-ramai sebaik sahaja melihat kelibat beliau muncul di beberapa pusat pengundian.

Mohd Khairuddin berkata, kumpulan anak muda terbabit tanpa berselindung memberitahu bahawa mereka akan mengundi beliau.

“Saya terkejut bila tiba di pusat pengundian di sekolah sebelum ini tadi, tiba-tiba sekumpulan anak muda bersorak danmelaungkan nama saya sedangkan di dalam pusat mengundi.

“Apabila saya hampiri mereka untuk bersalaman, saya beritahu mereka undi rahsia tetapi mereka dengan bersemangat membalas undi kami anak muda dah tak rahsia, untuk YB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di Pusat Pengundian Daerah Mengundi Bandar Baru Sungai Buloh Sekatan di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan jumlah pengundi muda saluran enam dan ke atas lebih tinggi berbanding PRU sebelum ini.

Sementara itu proses pengundian bagi saluran satu (umur 60 tahun ke atas) di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra bagi Daerah Mengundi Bandar Baru Sungai Buloh Selatan dilaporkan seramai 350 orang.

=EZY=


Pengarang :