SELANGOR

Warga emas meninggal dunia tanpa sempat mengundi

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 9 MEI: Seorang warga emas berbangsa Cina meninggal dunia tanpa sempat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (P) Taman Petaling.

Menurut beberapa individu yang duduk disebelah mangsa, beliau berusia lingkungan 70 tahun sebelum itu sempat berbual sebelum tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Pegawai keselamatan dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba memberikan bantuan pernafasan kepada beliau sambil dibantu seorang pegawai perubatan yang kebetulan turut membuang undi di sekolah ini.

Sepasukan pegawai perubatan tiba di tempat kejadian sekitar jam 9.30 pagi menaiki ambulans selepas dihubungi.

Calon kerusi N34 DUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang hadir untuk membuang undi turut berada di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa hadir untuk membuang undi bersama isterinya.


Pengarang :