SELANGOR

‘We Love Shah Alam Fun Walk’ berlangsung meriah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan ‘We Love Shah Alam’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program bermula seawal 7 hingga 11 pagi itu diadakan bertujuan melahirkan warga Shah Alam mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan penyebab pencemaran alam sekitar akibat pelepasan gas karbon monoksida.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan pagi tadi antaranya pelepasan peserta bagi acara berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas oleh kombo MBSA, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Menariknya kali ini, MBSA berjaya menarik lebih 1,000 peserta menyertai acara ‘We Love Shah Alam Fun Walk’ sempena Kempen ‘We Love Shah Alam’

“MBSA juga mengedarkan T-Shirt percuma berdasarkan bukti undian ‘We Love Shah Alam’,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, turut diadakan Shah Alam Urban Picnic untuk Focus Group Discussion (FGD) yang akan membincangkan Rancangan Tempatan MBSA 2035.

“Antara pengisian aktiviti sampingan program Shah Alam Urban Picnic adalah seperti Pertandingan Urban Sketch Shah Alam 2035, aktiviti sukan rakyat seperti lari dalam guni, tuju tin, dan sesi Expression Wall Shah Alam 2035 bersama jemputan Urban Sketcher.

“Bagi menarik penyertaan orang ramai, kita juga menyediakan permainan seperti wall climbing, Fruit Eating Challenge, cabutan bertuah, Mobile Library MBSA, jualan makanan di Food Truck, Tourism Street, chu chu train, cabutan bertuah, pameran keselamatan oleh PANTAS dan jualan pokok serta baja kompos.

“Program Eco Free Market turut diadakan iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan,” katanya.


Pengarang :