PBTSELANGOR

YDP MPSepang pencen 31 Mei ini

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 MEI: Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Puasa Md Taib mengumumkan perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan akan tamat pada 31 Mei ini.

Katanya, sebelum ini beliau menangguhkan rancangan itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Setelah pencen ini, ia bermakna tanggungjawab saya sebagai anggota kerajaan akan berakhir, namun saya yakin terdapat banyak lagi peluang di luar sana yang boleh saya teroka.

“Setelah berpencen nanti, rancangan saya hanya mahu berehat bersama keluarga dan memandangkan Aidilfitri tidak lama lagi, banyak persiapan perlu dilakukan,” katanya selepas tamat Mesyuarat Penuh MPSepang.

Dalam mesyuarat yang sama, Puasa turut mempertimbangkan untuk mengurangkan bayaran yuran premium tanah buat penduduk Taman Putra Perdana yang mengalami isu hak milik strata.

Katanya, masalah berkenaan juga dapat dikurangkan sekiranya pihak bertanggungjawab membuang pembayaran duti setem.

“Difahamkan pihak pemaju Taman Putra Perdana tidak dapat menyelesaikan masalah ini dalam tempoh yang lama berhubung masalah hak milik strata bagi perumahan di situ,” katanya.

=EZY=

 


Pengarang :