GLOBAL

20 maut bom kereta meletup di Nangarhar

KABUL 17 JUN: Sekurang-kurangnya 20 tetamu di majlis perhimpunan pasukan bersenjata Afghanistan dan puak Taliban maut apabila sebutir bom kereta meletup di timur Nangarhar.

Puluhan anggota Taliban yang tidak bersenjata memasuki ibu negara Afghanistan dan beberapa bandar utama lain semalam, bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Namun begitu di beberapa wilayah lain, tembakan mortar, letupan bom dan senjata lain masih dilakukan pemberontak.

Jurucakap gabenor Nangarhar, Attaulah Khogyani mengesahkan bahawa letupan di jalan utama Tokham – Jalalabad dalam pekan Ghazi Aminullah Khan itu disebabkan oleh bom kereta.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Taliban sebelum ini mengumumkan gencatan senjata mengejut selama tiga hari sempena Aidilfitri yang bermula semalam, kecuali ke atas pasukan asing.

Keputusan berkenaan bertindih dengan gencatan diumumkan kerajaan Afghanistan yang dilaksanakan sehingga Rabu lalu.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :