SELANGOR

248 pesakit buah pinggang terima duit raya YIDE

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 JUN: Kira-kira 248 pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis menerima sumbangan duit raya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), semalam.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Mohd Zubir Idrus berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada semua pesakit yang menjalani ratawan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Kami berharap supaya sumbangan ini dapat mengembirakan hati pesakit yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Selain duit raya, YIDE turut memberikan saguhati buat mereka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan duit raya di Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong.

Hadir sama, Pengurus Operasi Pusat Dialisis MAIS, Nor Hafzam Mohamad dan Pengurus Operasi, Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Arifin Jaafar.

Mohd Zubir yang juga Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor berkata, selain itu YIDE turut membantu anak yatim untuk bantuan duit raya Aidilfitri.

“Program ini adalah program tahunan sepanjang Ramadan. YIDE juga sedang merangka beberapa program akan datang yang melibatkan Pusat Dialisis MAIS,” katanya.


Pengarang :