GLOBAL

56.3 juta rakyat Turki mengundi hari ini

OLEH MOHD EZLI MASHUT

ISTANBUL 24 JUN: Rakyat Turki mula mengundi hari ini dalam pilihan raya presiden dan parlimen melibatkan 56,322,632 pengundi berdaftar dan 180,065 kotak undi seluruh negara.

Pilihan raya kali ini juga turut menyaksikan cabaran terbesar buat Tayyip Recep Erdogan dan parti AK miliknya selepas mula berkuasa sejak lebih sedekad lalu.

Pilihan raya itu juga dilihat sebagai penentu kepada kuasa eksekutif baru yang sekian lama dinantikan Erdogan khususnya selepas mendapat sokongan majoriti rakyat Turki melalui referendum 2017.

Lapan parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya parlimen termasuk Parti Keadilan dan Pembangunan, Parti Rakyat Republikan (CHP), Parti Demokratik Rakyat (HDP), Partai Bebas (Huda-Par) Partai, yang baru dibentuk Parti Baik (IYI), Parti Gerakan Nasionalis (MHP), Parti Felicity (Saadet) dan Parti Patriotik (Vatan).

Buat kali pertama dalam sejarah Turki, parti politik menyertai ke pilihan raya dengan membentuk pakatan.

Parti AK Turki dan MHP membentuk satu pakatan (People’s Alliance) manakala CHP, Parti IYI, dan Parti Felicity membentuk satu lagi (Nation Alliance).

 


Pengarang :