BERITA UTAMASELANGOR

ADN pembangkang juga terima liputan seimbang-MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Negeri mendukung prinsip kebebasan media seperti dipertahankan pentadbiran Putrajaya, kini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari terbuka merealisasikan komitmen itu dengan membenarkan pimpinan pembangkang negeri mendapat liputan sama dan seimbang.

“Kita menghargai peranan media dan ia harus dikembalikan dengan laporan adil tanpa perlu memihak membuta tuli kepada pihak tertentu.

“Ini selaras prinsip kebebasan media dan ia perlu diterjemahkan kedua pihak sama ada pimpinan perajaan atau pembangkang.

“Justeru, kita sebagai pentadbir memberi peluang kepada keterbukaan itu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Parti Amanah Negara peringkat Selangor, semalam.

Sejak pentadbiran Putrajaya beralih kepada pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN), laporan pemberitaan daripada media arus perdana kini dilihat lebih seimbang.

Pada masa sama, PAKATAN sebelum ini menegakkan agenda kebebasan media menerusi langkah pemansuhan Akta Berita Tidak Benar.

Keadaan sebaliknya dilaporkan berlaku ketika pentadbiran kerajaan terdahulu yang menyekat amalan kebebasan media, termasuk mengenakan pendakwaan kepada media alternatif.


Pengarang :