SUKANKINI

Akademi Mokhtar Dahari terus unggul di bumi Eropah

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 5 JUN: Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari Asia yang menjuarai Kejohanan Vondigo bawah 14 tahun (B-14) di Belanda, baru-baru ini.

Malaysia menjadi pasukan pertama di luar eropah untuk memenangi kejohanan itu dan merupakan negara yang pertama dari Asia selepas 16 edisi ia berlansung.

Kejuaraan itu merupakan trofi yang kedua skuad AMD menangi selepas cemerlang dalam kejohanan Kejohanan Whitsun B-14 di Dortmund, Jerman.

Pada peringkat separuh akhir, AMD mudah menewaskan FC Basel 2-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu KRC Genk yang berakhir dengan 1-0.

Dalam perlawanan akhir, AMD menunjukkan aksi yang memberangsangkan dan berjaya memperolehi satu gol hasil sepakan percuma Mohd Khairil.

KRC Genk melancarkan beberapa serangan berbahaya pada akhir babak perlawanan, namun skuad AMD Malaysia berjaya mengelakkan diri daripada dibolosi.

Seperti dijangka, penjaga gawang Malaysia, Zulhilmi Sharani dinobat sebagai penjaga gol terbaik dan Muhd Nabil Qayyum terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

 

KEPUTUSAN KEDUDUKAN PASUKAN BERTANDING

1 AMD Malaysia

2 KRC Genk

3 NEC / FC Oss

4 FC BASEL

5 FC Nordsjaelland

6 Brondby IF

7 Nat. Team China

8 Vitesse

9 Bayer 04 Leverkusen

10 Hammarby IF

11 FC Twente

12 RKSV Vogido

 


Pengarang :