BERITA UTAMASELANGOR

Amirudin mula tugas sebagai Dato’ Menteri Besar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 JUN: Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, Amirudin Shari memulakan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar baharu, hari ini.

Hadir di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Amirudin terus diiringi ke tingkat 21 bangunan itu lalu mengetip kad perakam waktu.

Selepas itu, beliau mengadakan perbincangan bersama Exco Kerajaan Negeri antaranya Dato’ Teng Chang Kim, Dato’ Abdul Rashid Asari, Hee Loy Sian dan Haniza Talha, bagi meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan pembangunan mampan serta peduli rakyat.

Amirudin mengambil alih jawatan itu daripada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, apabila mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, semalam.

Mohamed Azmin meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar selepas dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Pengarang :