SUKANKINI

ARRC: Azlan kelima, Izzat raih podium

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JUN: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman gagal mengulangi kecemerlangan, pada Perlumbaan 1 apabila sekadar menduduki tangga kelima, pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, semalam.

Dalam saingan Supersports 600cc, Azlan gagal meneruskan rentak kemenangan dengan catatan masa keseluruhan 22’22.477s.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu berkata, beliau sudah mencuba yang terbaik, namun sedikit kesilapan terhadap pelarasan jentera memusnahkan impian mengulangi pencapaian podium hari sebelumnya.

“Kami menggunakan pelarasan serupa dengan kelmarin dan ia terbukti baik ketika sesi latihan sebelah pagi tetapi malangnya cuaca sewaktu perlumbaan agak sejuk, berbeza dengan cuaca panas kelmarin.

“Ia mengakibatkan kuasa enjin saya berkurangan sama seperti rakan sepasukan, Ahmad Yudhistira,” katanya.

Perlumbaan dimenangi pelumba Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa keseluruhan 22’22.002sm, manakala Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) meraih podium pertamanya dalam kelas perdana dengan masa 22’22.379s.

Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira lebih bernasib baik apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa keseluruhan 22’22.408s.

Gelaran juara meletakkan West kembali ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 86 mata manakala Azlan jatuh ke tangga kedua dengan 74 mata. Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) yang menamatkan saingan di tempat keempat berada di tangga keti (68 mata).

Pelumba CKJ Yamaha Racing, Ahmad Afif Amran mencatat keputusan terbaik peribadi juga buat barisan pelumba negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kategori Asia Production (AP250) dengan masa keseluruhan 20’02.642s.

Perlumbaan dikuasai duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo Aji. Rheza memenangi perlumbaan keempatnya, pada musim ini dengan masa keseluruhan 19’53.378s diikuti Mario (20’02.030s) diikuti Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) ketiga (20’02.228s).

Kemenangan itu meletakkan Rheza selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 123 mata.

Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan mengubat kekecewaan barisan pelumba negara apabila berjaya menghadiahkan podium setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam kategori Underbone 150cc.

Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing itu menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’04.945s di belakang juara, Gupita Kresna (Yamaha Yamalube SND Factory) dan Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) sebagai naib juara.

Jumlah 16 mata dipungut meletakkan Izzat di tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan 93 mata, satu mata di belakang juara Perlumbaan 1, Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) manakala Wahyu ketiga, 72 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2

SS600

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 22’22.002s

2 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Team ASEAN 22’22.379s

3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22’22.408s

4 Yuki Ito (JPN) YAMAHA Racing Team ASEAN 22’22.435s

5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22’22.477s

Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 86 mata

2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata

3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 68 mata

4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata

5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 52 mata

AP250

1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19’53.378s

2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 20’02.030s

3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20’02.228s

4 Ahmad Afif Amran (MAS) CKJ Yamaha Racing 20’02.642s

5 Akito Narita (JPN) Team HIRO 20’02.718s

Kedudukan Keseluruhan

1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 123 mata

2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 102 mata

3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata

4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata

5 108 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 58 mata

UB150

1 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16’04.836s

2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 16’04.899s

3 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 16’04.945s

4 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16’05.181s

5 Syahrul Amin (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 16’05.316s

Kedudukan Keseluruhan

1 Mohd Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 94 mata

2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 93 mata

3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 72 mata

4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata

5 Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 58 mata

ends


Pengarang :