SUKANKINI

ARRC: Azlan, Zaqhwan kuasai sesi latihan hari pertama

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 JUN: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, mempamer aksi terbaik dengan catatan masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas kategori SuperSports 600cc pada hari pertama pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, semalam.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mencatat masa terbaik 2’12.984s pada sesi latihan bebas ketiga mengatasi catatan seorang lagi pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang melakukan masa terbaik 2’13.356s.

Azlan berkata, gabungan jentera baharu dan data dikumpul ketika sesi ujian persendirian di litar itu, April lalu, banyak membantu namun masih ada beberapa perkara boleh dipertingkatkan kerana catatannya masih jauh daripada rekod litar iaitu 2’12.094s.

“Kami yakin untuk tampil lebih baik berbanding perlumbaan di Australia namun apa membimbangkan ialah keadaan cuaca tidak menentu yang boleh menjejaskan prestasi enjin.

“Bagaimanapun, saya percaya dengan keupayaan jurutera pasukan untuk mengatasi masalah yang ada,” katanya.

Pelumba Thailand, Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 2’13.376s diikuti rakan senegara, Ratthapong Wilairot (Yamaha Thailand Racing Team), 2’13.652s manakala pelumba wildcard, Kyosuke Okuda (Army Girl Team MF & Kawasaki) melengkapkan lima peumba terpantas dengan masa 2’13.652s.

Dalam saingan Asia Production 250cc, pendahulu keseluruhan Rheza Danica Ahrens mencatat masa terpantas 2’27.738s mendahului rakan sepasukan, Andy Muhammad Fadly dan pelumba Thailand, Muklada Sarapuech.

Sementara itu, Gupita Kresna Wardhana mendahului sesi kelayakan Underbone 150cc dengan catatan masa 2’39.262s diikuti pelumba Malaysia, Mohd Helmi Azman (kedua) dengan masa 2’39.635s diekori seorang lagi pelumba Indonesia, Syahrul Amin (ketiga) dengan masa 2’40.413s.

15 pelumba terbaik sesi kelayakan akan menjalani sesi kelayakan Superpole bagi menentukan kedudukan petak mula untuk perlumbaan akhir.

KEPUTUSAN:
Latihan Bebas:

 

SUPERSPORTS 600cc

1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2’12.984s

2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 2’13.356s

3 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Team ASEAN 2’13.376s

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 2’13.591s

5 Kyosuke Okuda (JPN) ARMY・GIRL TEAM MF & Kawasaki 2’13.652s

 

AP250

1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 2’27.738s

2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2’28.459

3 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2’28.766s

4 Kritchaporn Kaewsonthi (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2’29.528s

5 Reynaldo Chrisantho Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 2’29.874s

UB150

1 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 2’39.262s

2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team Honda 2’39.635s

3 Syahrul Amin (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 2’40.413s

4 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All Yamaha 2’40.530s

5 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All Yamaha 2’40.647s


Pengarang :