GLOBAL

AS cetus kekecohan, ‘satukan’ Singapura, Malaysia

SINGAPURA 13 JUN: Ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk sidang kemuncak diharapkan membawa perdamaian kepada Semenanjung Korea yang sekian lama terpisah, Washington secara tidak sengaja memberi bayangan satu lagi penyatuan mustahil dengan menyenaraikan republik ini sebahagian daripada Malaysia.

Menerusi kenyataan diterbitkan Jabatan Negara AS di laman webnya dibuat semalam oleh diplomat atasan Mike Pompeo semalam sebelum pertemuan bersejarah itu, tulisan yang pada mulanya menyatakan ia disampaikan di sebuah hotel di ‘Singapura, Malaysia.’

Hab kewangan kaya dan jirannya lebih besar adalah sebuah negara selama dua tahun pada 1960-an sehingga Singapura diusir berhubung perpecahan etnik dengan Malaysia dan sejak itu menjadi dua negara berbeza.

Kesilapan itu segera diperbetulkan selepas ia mula tular namun tetap mendapat kecaman daripada netizen dengan seorang pengguna Facebook menyuarakan kekesalannya: “Kepada rakyat biasa Amerika, dunia adalah Amerika.”

Seorang pengulas menulis bahawa kenyataan itu ‘sudah pasti memberi kekecewaan mendalam buat Singapura dan rakyatnya’ sementara rakyat Malaysia menulis dengan berang di Facebook bahawa tidak seharusnya berlaku kecelaruan kerana Malaysia ‘lebih terkenal’ berbanding republik ini.

SUMBER: AFP


Pengarang :