PBTSELANGOR

Bazar Ramadan Shah Alam kekal bersih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 7 JUN: Sebanyak 31 tapak bazar Ramadan Shah Alam berjaya mengekalkan rekod kebersihan tanpa aduan, seperti tahun lalu.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa memantau dan meminta orang ramai membuat aduan jika terdapat isu berbangkit membabitkan kebersihan makanan.

“Tahun lalu juga tiada kes aduan kekotoran atau keracunan makanan diterima.

“Bagaimanapun, kempen berhubung larangan penggunaan beg plastik dan bekas bungkusan polisterin masih diteruskan seperti tahun lalu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mengulas isu penggunaan polistrin yang masih berlaku dalam kalangan peniaga, beliau berkata, kesedaran itu perlu berlaku tanpa paksaaan.

Namun, katanya, kadar penggunaan bahan itu amat rendah berbanding beg plastik.

“Kita juga memperkenalkan pek bungkusan makanan baharu tidak tembus.

“Bagi peniaga yang masih menggunakan beg plastik, kita tidak ambil tindakan kerana mahu kesedaran itu datang sendiri bukannya secara paksaan,” katanya.


Pengarang :