NASIONAL

Bekalan elektrik sekolah di Sarawak bakal selesai

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 JUN: Isu bekalan diesel bagi menjana kuasa elektrik di beberapa sekolah, di Sarawak bakal selesai tidak lama lagi.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau sedia maklum berkenaan masalah bekalan elektrik yang dihadapi sekolah tertentu, di Sarawak.

“Sekolah ini sepatutnya mendapat bekalan diesel dari Jepak Holdings Sdn Bhd, namun syarikat berkenaan gagal menyediakan bekalan sewajarnya.

“Saya akan pastikan bekalan diesel dapat disampaikan kepada sekolah berkaitan secepat mungkin sebelum pelajar kembali ke sekolah selepas cuti ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Maszlee berkata, beliau sudah membenarkan kementeriannya membuat pembelian diesel baharu sebagai langkah segera.

Katanya, Kementerian Kewangan juga sudah mempertimbangkan urusan pembelian diesel itu.

“Peruntukan akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan segera supaya pembelian boleh dibuat,” katanya.


Pengarang :