GLOBAL

Belanda tutup 4 penjara kadar jenayah turun

AMSTERDAM 23 JUN: Belanda bakal menutup sekurang-kurangnya empat buah penjara susulan penurunan kadar jenayah di negara itu, menurut akhbar tempatan Algemeen Dagblad.

Akhbar itu menyatakan, Menteri Keadilan Belanda, Sander Dekker memutuskan untuk menutup keempat-empat penjara itu yang terletak di kawasan perbandaran Zoetermeer, Zeist, Almere dan Zwaag dekat sini.

Pejabat statistik kebangsaan Belanda, CBS menyatakan kadar jenayah di Belanda mencapai paras terendah sejak tahun 1980 iaitu 49 jenayah bagi setiap 1,000 rakyat ketika ini.

Sebelum ini, Belanda pernah menyatakan rancangan untuk menutup 19 buah penjara pada tahun 2013, namun mengundang kemarahan dalam kalangan kakitangan penjara yang bimbang kehilangan pekerjaan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Belanda terpaksa ‘mengimport’ banduan dari beberapa negara lain seperti Norway dan Belgium untuk memastikan penjara ada penghuni.

SUMBER: AGENSI


Pengarang :