EKONOMI

Dagangan dua hala Malaysia, China dijangka melebihi US$100 bilion

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China dijangka melebihi US$100 bilion tahun ini berbanding US$96 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu turut berkembang sebanyak 14.7 peratus kepada US$42.7 bilion dalam lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Import dari China ke Malaysia adalah sebanyak US$18 bilion manakala eksport ke China adalah US$25 bilion.

“Jika momentum sama dapat dikekalkan, saya yakin jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara ini akan melangkaui US$100 bilion.

“Malah, menerusi kehadiran Alibaba di Malaysia, sektor e-dagang dan e-perniagaan dapat mewujudkan lebih banyak peluang yang akan meningkatkan lagi dagangan dua hala kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian ibu pejabat baharu Alibaba Group, di sini, semalam.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :