PBTSELANGOR

Dataran Kemerdekaan tutup sempena rumah terbuka

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JUN: Dataran Kemerdekaan Shah Alam berdekatan laluan utama Jalan Persiaran Bandar Raya akan ditutup, bermula 12 hingga 28 Jun ini.

Penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja persiapan dan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Eidulfitiri peringkat Selangor, pada 24 Jun ini.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf atas sebarang kesulitan dihadapi pengguna jalan raya.

Kerajaan Negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidulfitri peringkat negeri, pada hari raya ke-10 ini.

Bertempat di Padang B, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, majlis berlangsung seawal jam 10.30 pagi dan dijangka tamat sekitar jam 3 petang.

Bertemakan Gelombang Perpaduan, Rancak Pembangunan, Semarak Kesejahteraan, orang awam dijemput hadir memeriahkan sambutan tahunan itu.

Menariknya, selain bakal dihadiri Dato’ Menteri Besar baharu, Amirudin Shari, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan.

Antaranya, Jay Jay, Ernie Zakri, Khai Bahar, Haiza dan ramai lagi.

Majlis turut didukung sepenuhnya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tourism Selangor, Worldwide Holdings Berhad dan Air Selangor.

Sementara itu, Media Selangor menerusi agensi media rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini dan TV Selangor turut bertindak sebagai media rasmi penganjuran majlis tahunan itu.


Pengarang :