NASIONAL

Gabungan parti BN Sarawak berakhir, bentuk GPS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SARAWAK, 12 JUN: Tiada lagi gabungan parti politik di Sarawak selepas semua komponen gabungan Barisan Nasional Sarawak mengumumkan keluar daripada gabungan itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg mengumumkan, langkah itu juga dibuat hasil perbincangan bersama semua komponen parti terlibat.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Keputusan itu sekali gus menyaksikan pembubaran sepenuhnya gabungan parti politik Barisan Nasional Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari memaklumkan, langkah pengunduran itu juga akan membentuk sebuah gabungan parti politik baru yang dinamakan, Parti Gabungan Sarawak (GPS).

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

 


Pengarang :