SELANGOR

IPD Shah Alam lancar OP Selamat 13

SHAH ALAM, 8 JUN: Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib, hari ini merasmikan Majlis Pelancaran OP Selamat 13 sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat IPD Shah Alam.

Berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, beliau turut menyerahkan borang balik kampung kepada wakil komuniti untuk diedarkan kepada penduduk.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Nek Zaidi Zakaria, semua ketua bahagian, ketua polis balai dan komuniti.

Program itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba dan Ketua Komuniti.

Turut diadakan advokasi dan pengagihan ‘goodies bag’serta pemberian helmet kepada pengguna jalan raya di Persiaran Tengku Ampuan.


Pengarang :