PENDIDIKANSELANGOR

Kemudahan dan persekitaran tenang di UNISEL tambat hati warga Somalia

OLEH SHEEDA FATHIL

BESTARI JAYA, 30 JUN: Kemudahan yang terdapat di Universiti Selangor (UNISEL) berjaya menambat hati warga Somalia, Mohamed Abdirsak Isse.

Abdirsak, 18, kini baru mendaftarkan diri bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Asasi Teknologi Maklumat di UNISEL, Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, persekitaran UNISEL yang tenang dan kondusif itu sesuai dengan dirinya untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan riadah.

“Saya baru sampai di sini dua minggu lepas dan mendapati keadaannya sama seperti gambar di laman web dimana pembangunannya yang cantik, luas juga besar.

“Saya terus jatuh cinta dan tidak sabar rasanya untuk memulakan kelas serta mengenali rakan-rakan yang pelbagai bangsa,” katanya kepada SelangorKini.

Abdirsak berkata, walaupun terdapat banyak lagi universiti lain namun UNISEL tetap menjadi pilihannya sejak melihat pusat pengajian itu di laman internet.

Mengulas mengenai berjauhan dengan keluarga, beliau berkata, ia tidak menjadi masalah kerana ini masanya untuk dirinya berdikari.

Terdahulu, UNISEL turut menerima pendaftaran pelajar daripada 25 negara seperti Oman, Afrika Selatan, Zambia, Indonesia, Bangladesh, Sudan serta beberapa negara lain.

Mereka yang berminat menyambung pengajian di UNISEL boleh mendaftar kemasukan yang dilanjutkan, sehingga 13 Julai ini.

Pendaftaran menerusi laman sesawang boleh dilakukan di www.unisel.edu.my atau hubungi terus pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 012-3401740 atau 011-33907681.

 


Pengarang :