KUALA LUMPUR, 24 Mei — Menteri Tenaga Manusia, Kulasegaran A/L V Murugeson. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Kerajaan buru majikan gagal daftar, carum Perkeso

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JUN: Kerajaan kini memberi tempoh sehingga Ogos kepada setiap majikan mendaftarkan pekerja mereka dan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menegaskan, Perkeso akan melancarkan kempen di seluruh negara menerusi Op Kesan bertujuan memburu majikan yang gagal mematuhi syarat terbabit, pada tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, majikan yang gagal akan berdepan hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.

“Tetapi saya maklumkan kepada Perkeso kita tidak mahu mengheret majikan ke mahkamah. Untuk apa simpan dalam penjara? Kita mahu lihat pembabitan mereka dan Perkeso selain mewujudkan suasana mesra perniagaan.

“Alasan tidak mendaftarkan pekerja disebabkan perniagaan tidak berjalan dengan baik, tidak boleh diterima kerana apabila perniagaan maju mereka (majikan) tidak pula menggandakan caruman,” katanya memetik laporan Bernama.


Pengarang :