SELANGOR

KPDNKK: Pengguna tidak perlu bimbang, bekalan mentah cukup

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 14 JUN: Warga Selangor tidak perlu panik kerana bekalan makanan di pasaraya di negeri ini bagi tempoh perayaan Aidifitri mencukupi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Azman Adam berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada pegawainya menunjukkan harga serta kedudukan bekalan pada ketika ini sangat baik.

“Sebahagian pasaraya di negeri ini maklumkan mereka akan beroperasi seperti biasa pada musim perayaan dan keadaan itu beri peluang serta kemudahan kepada para pengguna untuk membeli bekalan barang kawalan yang diperlukan.

“Pasaraya di negeri ini sangat banyak, jadi pengguna di Selangor mahupun pengguna yang dari luar yang hendak pulang semlua ke sini memang tak perlu bimbang atau panik kerana kedudukan bekalan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Walkabout dan Pemeriksaan Sempena Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 di pusat beli-belah Aeon Mall Seksyen 13, di sini, semalam.

Azman berkata, KPDNKK Selangor sudah membuat pemeriksaan keatas 1,216 premis termasuk premis utama di negeri ini melibatkan 1,157 premis runcit dan selebihnya premis borong sempena Pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri yang dijalankan bermula 8 Jun lalu sehingga 22 jun ini.

“Kami mendapati tahap pematuhan peniaga di Selangor sangat baik dan setakat ini, hanya tiga kes direkodkan iaitu membabitkan kesalahan tidak menggunakan tanda hargaberwarna merah jambu untuk menjual barang terkawal.

“Tiga kes berkenaan melibatkan rampasan sayur dan daging berjumlah RM757 dan tindakan susulan ke atas peniaga terlibat sedang dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

 

 


Pengarang :