NASIONAL

KPKT lawat dua projek ‘sakit’ di Johor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 JUN: Kementeri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini melawat dua projek ‘sakit’ di Johor susulan beberapa aduan yang diterima sebelum ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin menerusi cicipan di laman mikro Twitter memaklumkan dua projek dimaksudkan di Taman Seri Molek Perdana, Mukim Plentong dan Nusantara Prima, Nusajaya.

“Ini merupakan aduan dan rungutan daripada akar umbi yang saya terima terus daripada email.

“Moga Allah permudahkan segalanya, Insya-Allah,” katanya.

Difahamkan satu taklimat tertutup berlangsung untuk membincangkan projek Taman Seri Molek Perdana yang sudah tertangguh dan tidak mengikut jadual.

 

Dalam sidang media Zuraida memaklumkan projek Taman Seri Molek Perdana akan disiapkan pada Mac 2019.

Zuraida berlepas ke Johor Bahru pagi ini bersempena dengan lawatan kerja sehari kementerian ke Johor.


Pengarang :