SELANGOR

Lebih 800 kakitangan UNISEL dapat bonus

OLEH NADIAH ZAMLUS

BESTARI JAYA, 8 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) mengumumkan lebih 800 kakitangannya bakal menerima bonus sebulan gaji sempena Aidilfitri.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, bonus itu diberikan melalui Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI).

“Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun semua kakitangan, pada 8 Jun dan saya berharap pemberian ini menggembirakan semua kakitangan, sekali gus dapat menyediakan persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Melalui pemberian bonus ini kita lihat MBI begitu komited menjadikan UNISEL sebuah universiti cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana UNISEL bersama MBI, di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin dan Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.

Mohammad Redzuan berkata, acara berbuka puasa itu terbesar pernah dianjurkan UNISEL dengan pembabitan lebih 2,000 pelajar dan kakitangan.

“Tahun ini kami mendapat tajaan daripada MBI dan berharap supaya ia diteruskan lagi pada masa hadapan kerana program sebegini mengeratkan hubungan silaturrahim,” katanya.

 


Pengarang :