SASTERA

Lelaki bermain sihir

Lelaki yang bermain sihir
tangkasnya di gelung retina
walau terangnya bermain
di pentas debat
dan mereka terpegun lagi
pada sinar yang tersembunyi
dalam topi muslihat.

Menyusur dinihari jujur
dia sedikit gentar
mengenal resah pada siangnya
lalu menyembunyikan cahaya
di sebalik cerminan curang.

Dia sekali lagi
bermain sihir
di pentas kuasa
dengan mantera
mengelirukan halwa.

Ah!
jujur semakin mati
ditelan bahang
akibat penyihir nista.

Kami memandang juling
pada keliru sinar
memancar tajam
di cerminan segi tiga
berserakan kilauan
yang cantik dan berseri
lalu terpanar
oleh goda biasan
pemain sihir
dan kami
terlupa lagi
pada cahaya yang lalu.

Shamsul Idham Jamil
Kuching

 


Pengarang :