SELANGOR

MB meriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri IDE

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 JUN : Keceriaan Rumah Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE), dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 masyarakat, majlis Rumah Terbuka itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Amirudin berkata, kemeriahan program sedemikian sudah menjadi kelaziman dalam setiap penganjuran program Aidilfitri di negeri itu, saban tahun.

“Kemeriahan ini bukan sesuatu yang asing, sejak kita memegang tampuk kepimpinan negeri, ia sudah diadakan saban tahun untuk kita meraikan kemeriahan Aidilfitri.

“Namun tahun ini, agak berbeza sedikit dengan kehangatan suasana baru selepas Putrajaya yang kini sudah beralih kepimpinannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan yang diakan di perkarangan Ibu Pejabat IDE, petang ini.

Terdahulu, IDE merupakan sebuah badan pemikir negeri dengan penubuhannya dilaksanakan sebagai landasan ruang pemikir dan kajian terhadap isu semasa negeri.

Sejak ditubuhkan 2015 lalu, IDE berjaya menjalankan beberapa kajian lapangan dan survei persepsi politik serta isu semasa dengan kajian dilakukan secara akademik juga saintifik, memanfaatkan kaedah kajian kuantitatif juga kualitatif terkini.

Antara kajian dijalankan IDE ialah Survei Landskap Politik Selangor, Survei Persepsi Rakyat Selangor, Survei Persepsi Rakyat Malaysia, Survei Persepsi Rakyat Kelantan dan kesan Terhadap Selangor serta Survei Persepsi Rakyat Menjelang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

 


Pengarang :