SELANGOR

MB: Perubahan portfolio libatkan 4 ahli MMKN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 JUN : Perubahan porfolio kepimpinan Exco Kerajaan Selangor melibatkan empat anggota pimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perubahan turut melibatkan portfolio beliau, berkuatkuasa petang ini.

“Perubahan portfolio Exco melibatkan empat anggota Exco iaitu portfolio saya dan Yang Berhormat, Rodziah Ismail serta portfolio Dr Shaharuddin dan Yang Berhormat Hee Loy Sian.

“Sementara portfolio lain kekal dan tidak berubah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sirim 2018, di SACC Convention Shah Alam, petang ini.

Portfolio terbaru menyaksikan perubahan portfolio Amirudin yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda & Sukan serta Komunikasi Strategik.

Selain itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Roziah Ismail yng baru dilantik bertanggugjawab sebagai Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi.

Sementara itu, perubahan lain pula melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan yang dipertanggunjawabkan di bawah seliaan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Manakala, Ahli Dewan Negeri (ADN), Kajang, Hee Loy Sian sebagai pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi.


Pengarang :