BERITA UTAMA SELANGOR

MB terima kunjungan pertama delegasi antarabangsa

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 28 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari buat pertama kalinya menerima kunjungan hormat delegasi antrabangsa setelah memegang jawatan itu dalam tempoh kurang sebulan.

Amirudin dikunjungi tujuh wakil Partai Solidaritas Indonesia diketuai Ketua Umum PSI, Ibu Grace Natalie dan Setiausaha Bapak Raja Juli Antoni di pejabatnya, pagi tadi.

Ketika ditemui SelangorKini, Amirudin menyatakan penghargaan kunjungan daripada delegasi Indonesia itu.

“Tiada perbincangan serius dilakukan, kehadiran mereka sebagai lambang silaturrahim di antara dua saudara, Malaysia dan Indonesia, semoga hubungan ini diperkukuhkan.

“Banyak persamaan diantara Malaysia dan Indonesia, dari segi makanan, kebudayaan serta bahasa, sekiranya digabungkan sudah pasti ia menjadi satu kekuatan antara satu sama lain,” katanya.

Pertemuan selama satu jam itu kemudiannya disusuli dengan pertukaran cenderamata diantara Amirudin dan juga Grace.


Pengarang :