SELANGOR

MBI beri sokongan penuh MB baharu

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan anak syarikat di bawah seliaanya akan terus menyokong pimpinan Kerajaan Selangor, di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar baharu, Amirudin Shari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, YM Raja Shahreen Raja Othman berkata, pihaknya percaya usaha memajukan negeri itu dapat diteruskan di bawah pimpinan baru.

“Kami percaya sepenuhnya usaha memajukan negeri ini dapat diteruskan dengan jaya di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ke arah merealisasikan Selangor sebagai Smart State terunggul di rantau ASEAN menjelang tahun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MBI turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali atas komitmen beliau kepada Selangor.

Katanya, di bawah bimbingan beliau, Selangor berkembang maju menjadi negeri yang peduli kepada agenda rakyat.

“Ia dizahirkan melalui Inisiatif Peduli Rakyat yang diperkasakan dengan gagasan Smart Selangor yang menjadi teras pembangunan negeri.

“Nabi SAW pernah bersabda yang mafhumnya; Pemimpin yang peduli dan adil kepada rakyatnya kelak ketika di mahsyar, Allah akan letakkan mereka di atas singgahsana yang diperbuat dari cahaya yang mana semua kata akan tetumpu kepada mereka.

“Semoga Allah SWT mengangkat darjat kedua pemimpin yang kami kasihi ini serta dapat meneruskan kesinambungan peduli dan adil kepada rakyat,” katanya.

 


Pengarang :