PBTSELANGOR

MBPJ: 150 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 2 JUN: Prihatin dengan golongan kurang bernasib baik, seramai 150 anak yatim daripada Damansara Damai menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150 berserta peralatan sekolah dan biskut raya.

Ia diserahkan dalam Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Berbuka Puasa bertempat di Surau Nur Ehsan, Ibu Pejabat MBPJ, semalam.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, program itu bertujuan untuk meraikan golongan berkenaan disamping mengambil peluang melaksanakan aktiviti kebajikan dalam bulan Ramadan.

“Penganjuran majlis itu juga merupakan program tahunan dan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat MBPJ dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Majlis penyampian sumbangan disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar, Tuan Johary Anuar serta para pegawai MBPJ.


Pengarang :