PBT SELANGOR

MBPJ sedia perkhidmatan percuma

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Kempen Perkhidmatan Percuma kepada warga komuniti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, pada 20 Jun ini.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif itu dilaksanakan sempena ulangtahun ke 12 penubuhan PBT itu.

Ia juga dilaksanakan sebagai menghargai penglibatan komuniti dalam membantu menyokong dasar penambahbaikan pembangunan MBPJ.

Perkhidmatan percuma yang ditawarkan ialah:

• Kemudahan gelanggang sukan (8.00 pagi hingga 11.00 malam), kolam renang (9.00 pagi hingga 9.00 malam) dan padang (9.00 pagi hingga 5.00 petang) – terhad kepada penggunaan satu sesi sahaja iaitu 2 jam.

• Pemberian 1,000 anak pokok percuma di Tapak Semaian Kelana Jaya, di Lorong SS 7/17k, Kelana Jaya (berhampiran dengan Stadium MBPJ)

• Pendaftaran Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya di Jalan Selangor, Petaling Jaya (terhad kepada 500 pendafataran awal).

Sehubungan dengan itu, MBPJ mempelawa anggota masyarakat untuk memeriahkan program berkenaan.

“Misi MBPJ amat jelas dalam memastikan Bandar raya ini sentiasa terus kehadapan dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang walaupun dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu.

“MBPJ sememangnya komited dalam memberi yang terbaik kepada penduduk Petaling Jaya, ia tidak terhad kepada satu golongan sahaja.

“Malah MBPJ mengharapkan penglibatan keseluruh masyarakat berbilang bangsa dari golongan muda, veteran, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) agar dapat merasai keunikan, pengalaman dan kemudahan yang ada pada program dan aktiviti yang dianjurkan,” menurut kenyataan itu.


Pengarang :