PBTSELANGOR

MBSA PANTAS teruskan operasi 24 jam Aidilfitri ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Bilik Gerakan PANTAS meneruskan operasi 24 jam pemantauan keselamatan bencana sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif itu diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu memastikan aspek keselamatan Bandaraya itu, terjamin.

“Orang ramai yang ingin membuat aduan berkaitan bencana seperti banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh boleh menghubungi talian 03-55105811 untuk langkah tindakan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) merupakan pasukan yang mengendalikan kes kecemasan dan bencana yang ditubuhkan di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Ia diputuskan berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 3/2013).

Unit PANTAS bertugas untuk tempoh 24 jam 7 hari seminggu mengikut giliran bertugas 8 jam setiap shif.

Objektif penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS antaranya memberi bantuan asal terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Fungsi lain turut memantau aspek awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras Bencana Daerah.


Pengarang :