MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
NASIONAL

MET Malaysia nafi gegaran di Sri Aman akibat gempa bumi

KUCHING 17 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sri Aman kira-kira 200 kilometer dari sini petang semalam berpunca dari gempa bumi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, maklum balas itu diterima selepas pihaknya menghubungi Jabatan Meteorologi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

“Jabatan Meteorologi memaklumkan setelah diteliti, gegaran yang dirasai adalah terlalu kecil dan bukan disebabkan oleh aktiviti gempa bumi.

Kemungkinan adalah disebabkan dari aktiviti perlombongan kuari, pembinaan dan sebagainya di kawasan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian antara 3.45 petang hingga 3.48 petang semalam (16 Jun), penduduk di sekitar Sri Aman mendakwa merasai gegaran yang berlaku sekitar empat hingga lima saat.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :