SELANGOR

Mohamed Azmin kongsi gambar berangkat ke Mekah

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 JUN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi gambarnya bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin sebelum berangkat ke Mekah melalui laman Facebook rasminya, petang semalam.

Dalam kapsyen itu, beliau menulis sedang mencari redha ALLAH SWT dan Lailatul Qadar.

“Semoga kita semua diberi keampunan dan ibadah pada bulan puasa ini diterima Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih,” tulisnya.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menunaikan umrah, bermula hari ini dan dijangka pulang sehari sebelum Aidilfitri.

Sebelum itu, Mohamed Azmin turut menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum berangkat menunaikan umrah.

Ia juga adalah pertemuan sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar selepas Aidilfitri, iaitu pada 19 Jun ini.

Sebelum ini, pada 2012, Mohamed Azmin bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut pernah menjadi tetamu khas Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Hasani Maliki untuk berbuka puasa semasa menunaikan ibadah umrah.

 

 


Pengarang :