BERITA UTAMASELANGOR

Mohamed Azmin ucap Selamat Hari Bapa

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 JUN: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi penghormatan kepada semua kaum bapa, sempena sambutan Hari Bapa, hari ini.

Menerusi paparan terbaru di Facebooknya, Dato’ Menteri Besar yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menyifatkan seorang bapa nilainya lebih daripada 100 guru sekolah.

“Selamat hari bapa kepada semua rakyat Malaysia,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna akaun Facebook turut mengucapkan selamat hari bapa kepada Mohamed Azmin melalui ruangan komen.

Salah seorangnya, Shalini Amurugam berkata, dia berharap Mohamed Azmin dikurniakan kesihatan baik.

“Selamat Hari Bapa yang berhormat (YB), semoga jadi ayah yang terbaik,” tulisnya.


Pengarang :