PBTSELANGOR

MPK periksa 776 premis makanan pada Mei

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan operasi pemeriksaan terhadap 776 premis makanan, pada Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatannya, Azmi Muji berkata, jumlah itu meningkat berbanding bulan sebelumnya ekoran pertambahan bazar Ramadan, di kawasan berkenaan.

Katanya, sebanyak 67 premis diperiksa pada Januari, Februari (95), Mac (151) dan April (172).

“Sehingga kini, sebanyak 27 notis ikeluarkan dan 59 premis dikenakan kompaun, termasuk di Bandar Bukit Tinggi, Taman Eng Ann, Taman Sri Andalas juga Taman Senktosa,” katanya dalam kenyataan.

Pada 2017, sebanyak 2,664 premis makanan diperiksa dengan 206 daripadanya dikeluarkan kompaun dan 18 ditutup selama dua minggu.

Azmi berkata, MPK akan mempergiatkan operasi pemeriksaan terhadap kesemua premis yang menjalankan penyediaan makanan.

“Ia akan dijalankan secara berterusan dan mana-mana premis yang melanggar undang-undang ditetapkan akan dikenakan kompaun dan berisiko untuk ditutup,” katanya.


Pengarang :