SELANGOR

MyZakat@8: Lunas zakat perniagaan, saham dapat hadiah

SHAH ALAM, 21 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus efisien menggalakkan masyarakat Islam melunaskan zakat perniagaan dan zakat saham menerusi kempen khas MyZakat@8 bermula 17 Mei hingga 17 Julai.

Menerusi kempen itu, pembayar zakat berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Bagi tempat pertama, LZS menawarkan sebuah komputer riba bernilai RM2,000 sementara tempat kedua sebuah telefon bimbit bernilai RM1,500 dan tempat ketiga pula sebuah tablet bernilai RM1,000.

Turut disediakan tujuh hadiah saguhati berupa baucer bernilai RM100 untuk setiap pemenang.

“Tunai zakat dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik melalui Kempen MyZakat@8, mana tahu rezeki anda.

“Dengan zakat, rezeki dan perniagaan akan lebih subur serta berkembang.

“Jom sama-sama sertai kami dan bantu kami viralkan kempen ini,” tulis LZS di laman facebooknya.

Kempen MyZakat@8 antara lain turut menyediakan khidmat taksiran zakat secara percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bayaran zakat perniagaan, orang ramai boleh menghubungi LZS menerusi aplikasi Whatsapp di talian 011 2075 4557


Pengarang :