NASIONALPENDIDIKAN

Nurul Izzah komited martabat TVET

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JUN: Pengerusi baharu Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Malaysia (TVET), Nurul Izzah Anwar menekankan antara sasarannya adalah mengangkat martabat TVET dan sijil berkaitnya.

Nurul Izzah berkata, langkah awal mengambil kira maklum balas semua pihak berkepentingan termasuk pelajar, tenaga pengajar, pekerja dan ketua pengarah.

“Kita tahu lebih setengah juta anak-anak Malaysia berada diluar lingkungan pendidikan formal. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengangkat TVET supaya lebih ramai lagi menyertai.

“Menjadi hasrat saya perbaiki segala kemungkinan kelompongan yang ada supaya akhirnya pemegang sijil TVET berbangga dan dipandang tinggi setaraf mereka yang mempunyai ijazah,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Kementerian Pendidikan, semalam.

Tambahnya lagi, TVET mempunyai banyak potensi sehingga mampu mencapai tahap yang tinggi seperti di negara seperti Jerman dan Australia.

“Jangan kita ingat TVET hanyalah keupayaan kelas kedua kerana menjadi tanggungjawab bersama untuk menaik taraf kelayakannya sehingga mampu di angkat ke kelas pertama.

“Pada masa sama hal ini mampu mengharumkan nama Malaysia selari dengan persiapan kita ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0),” katanya.


Pengarang :