NASIONAL

Penyakit ‘Hoarding Disorder’ dan cara atasi

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 19 JUN: Tidak ramai yang sedar bahawa Hoarding Disorder (HD) merupakan satu penyakit apabila penghidap suka menyimpan barang yang tidak digunakan atau barang yang tidak mempunyai nilai.

Hal ini nampak seperti biasa, tetapi ia boleh menjadi kronik apabila barang itu disimpan semakin banyak dan boleh dikategorikan sebagai sampah.

Penyakit itu merupakan kecelaruan mental yang agak bahaya kerana ia berkait dengan Depression, Anxiety dan Obsessive-compulsive disorder (OCD)

Penghidap HD atau lebih dikenali sebagai Hoarders biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah tiada nilai kegunaannya.

Ia menjadi sukar dirawat apabila penghidap tidak melihat penyakit itu satu masalah tetapi menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang biasa.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasinya, cara paling utama adalah dengan berjumpa dengan pakar Psikiatiri atau Psikologi yang bertauliah.

Cara lain untuk mengawalnya adalah dengan melakukan pembersihan secara besar-besaran seperti mengemas rumah dan membuang barang yang sudah lama tidak digunakan.

Jika barangan itu melibatkan perabot, pakaian atau aksesori diri ia boleh dijual secara atas talian dan jualan but kereta.

Hanya dengan cara ini dapat memulihkan mental penghidap dari terus hidup dalam keadaan sempit dan tidak terurus.


Pengarang :