GLOBAL

Ribuan hadir pengebumian wartawan terkemuka Pakistan

SRINAGAR, India 16 JUN: Ribuan membanjiri majlis pengebumian wartawan veteran yang ditembak mati tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal di hadapan pejabatnya di Kashmir.

Ketika kejadian, Shujaat Bukhari, wartawan dan editor akhbar harian Inggeris Rishing Kashmir meninggalkan pejabatnya di sini, pada petang Khamis tiba-tiba didatangi tiga penyerang dan melepaskan beberapa tembakan pada jarak dekat.

Shujaat, 50, dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia termasuk dua lagi pengawal peribadinya.

Solat jenazah diadakan di Masjid Jamia di Srinagar sebelum majlis pengebumian di kampung halaman di utara Kashmir.

SUMBER: AFP
FOTO: EPA


Pengarang :