EKONOMINASIONALRinggit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 JUN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan kerugian yang berlaku, semalam.

Seorang peniaga berkata, ia berlaku susulan aktiviti belian giat dijalankan bagi memanfaatkan penurunan sebelum ini.

Memetik laporan Bernama, pada jam 9 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 3.9990/4.030 berbanding dolar AS daripada paras 4.0020/0050 sewaktu ditutup, semalam.

Peniaga berkata, penurunan semalam adalah yang pertama menyaksikan ringgit melepasi paras 4.0 berbanding dolar AS dalam tempoh lebih lima bulan, sekali gus melonjakkan permintaan terhadap unit tempatan itu di sebalik ketidaktentuan defisit fiskal Malaysia serta perang perdagangan AS-China yang terus berlanjutan.

Peningkatan minat risiko itu turut ketara walaupun harga minyak mentah susut dalam dagangan semalam.

Ringgit juga kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali euro yang menyaksikannya turun kepada 4.6288/6351 berbanding 4.6223/6274, pada Selasa.

Selain itu, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9452/9492 daripada 2.9476/9507 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 3.6364/6411 daripada 3.6431/6469 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2631/2687 daripada 5.2734/2778.


Pengarang :