SELANGOR

Wajah baru Program 3K Jun ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 JUN: Karnival Kampung Kesayanganku dijenamakan di bawah pelaksanaan dasar baru, Jun ini.

Exco Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Amirudin Shari berkata, dasar itu juga akan diletakkan di bawah stanco baru.

“Karnival Kampung Kesayanganku akan dijenamakan semua Karnival Jelajah Kampung usahasama dengan Standco Pembangunan Usahawan.

“Ia dilaksanakan di bawah program jelajah usahawan bagi mempertingkatkan daya niaga usahawan luar bandar,” katanya, di Twitter.

Terdahulu, program berkenaan yang dikenali sebagai Program 3K mula diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

Ia dijayakan sebagai sebahagian inisiatif yang menggerakkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri turun kepada masyarakat di desa-desa seluruh Selangor.

Di bawah standco keagamaan sebelum ini, program itu diwujudkan bagi memperkasa agenda Islam dengan menjadikan masjid sebagai tapak lokasi program dengan kepelbagaian program yang boleh membina kekuatan dan kesepakatan umat Islam setempat.

Program itu turut menjadi landasan mempromosikan produk halal usahawan desa untuk dikembangkan sebagai produk bertaraf nasional.


Pengarang :