SELANGOR

Worldwide Holding rai petugas media

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUN: Saban tahun, Worldwide Holdings Berhad tidak ketinggalan meraikan petugas media dalam Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini.

Ramadan kali ini menyaksikan lebih 10 agensi media cetak dan atas talian diraikan pada majlis berbuka puasa santai itu, malam tadi.

Antaranya Media Selangor yang juga merangkap media rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini, TVSelangor dan Selangor Journal.

Turut diraikan Agendi Media Bernama, Kumpulan Media Karangkraft Sinar Harian, Kumpulan Media NSTP dan portal atas talian, Malaysia Gazzete.

Worldwide Holdings diwakili Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Ami Nardin Ishak dan Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Rashid Abd Majid.

Turut hadir, Pegawai Esekutif Komunikasi Korporat Nik Ahmad Firdaus Nik Ali.

Worldwide Holding merupakan Syarikat Pemaju Perumahan yang giat menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri di bawah dasar perumahan Rumah SelangorKu.

Syarikat Pemaju itu sebelum ini mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam pembangunan hartanah di samping terlibat sebagai pemain utama dalam industri pengurusan alam sekitar, pelaburan hartanah.

Syarika itu juga mempunyai kepentingan 25 peratus dalam penjana kuasa bebas (IPP) KLPP dan pembuatan peralatan peranti perubatan.

 


Pengarang :