SELANGOR

800 peserta meriahkan Kejohanan Marching Band Asia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 14 JUL: Seramai 800 perserta dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan berprestij, Asia Junior Marching Band Championship, di Stadium Air Asia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penyertaan positif itu membuktikan kejohanan itu semakin diterima baik dalam kalangan belia kini.

“Saya menyokong program ini ketika menjadi Exco lagi kerana saya percaya bahawa aktiviti ini dapat memupuk semangat disiplin dan juga semangat setiakawan tinggi dalam kalangan peserta.

“Mereka yang menyertai sukan ini akan mempunyai keterampilan baik dan tentunya ia boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan kali kedua itu, malam tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar Petaling Jaya; Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain dan Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Kejohanan tahunan itu menyaksikan 17 pasukan dari Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Malaysia menghantar wakil pasukan dari negara masing-masing berentap bagi merebut Piala Kejohanan.

Kerajaan Selangor dengan kerjasama Stix Art Productions Sdn Bhd, PEMADAM Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, MBPJ dan Tourism Selangor bertindak selaku penganjur utama kejohanan itu

Untuk rekod, kejohanan berkenaan telah mendapat pengiktirafan World Association of Marching Bands (WAMSB).

Kejohanan yang berlangsung sejak 12 April lalu menyaksikan Malaysia menghantar tujuh pasukan terbaik mewakili negara untuk berentap bersama pasukan lain.

=EZY=


Pengarang :